Pages

Saturday, May 09, 2009

apa ertinya ini... jika

Keratan Akhbar Harian Metro (Online)


CIMB saran pelanggan labur dalam emas


CIMB Private Banking menyaran pelanggan yang mempunyai aset pelaburan tinggi, melabur dalam emas memandangkan ia dijangka boleh memainkan peranan penting dalam mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka dalam keadaan ekonomi lembap dan pasaran tidak menentu sekarang.

Ketua Bersamanya, Alan Inn, berkata emas adalah portfolio yang berkesan kerana mempunyai kolerasi yang kurang dibanding dengan kebanyakan aset lain.

Menurutnya, pelaburan dalam emas langkah terbaik mempelbagai portfolio pelaburan yang mana kebanyakan portfolio pelaburan memberikan tumpuan kepada aset kewangan tradisi seperti saham dan bon.

“Disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, portfolio pelaburan yang pelbagai diperlukan bagi melindungi portfolio itu daripada keadaan turun naik nilai satu-satu kelas aset,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.


Rujukan Harian Metro


Keratan Akhbar Bernama (Online)
04 Mei, 2009 17:35 PM

Emas Boleh Main Peranan Penting Dalam Pemelbagaian Portfolio

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- CIMB Private Banking menasihati pelanggan yang tinggi aset pelaburannya untuk melabur dalam emas, kerana logam berharga itu boleh memainkan peranan penting dalam mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka dalam keadaan ekonomi yang lembap dan pasaran yang turun naik sekarang.

Ketua bersamanya, Alan Inn, berkata emas merupakan pemelbagai portfolio yang berkesan kerana ia tiada korelasi bila dibandingkan dengan kebanyakan kelas aset yang lain, menjadikannya langkah yang sangat sesuai untuk mempelbagai portfolio pelaburan.

Beliau berkata kebanyakan portfolio pelaburan memberikan tumpuan kepada aset kewangan tradisi seperti saham dan bon.

"Memandangkan keadaan pasaran yang turun naik sekarang, portfolio pelaburan yang pelbagai diperlukan bagi melindungi portfolio itu daripada keadaan turun naik nilai satu-satu kelas aset," katanya.

Menurut Inn, portfolio yang mengandungi emas pada umumnya lebih kukuh dan lebih berupaya menghadapi ketidaktentuan dan turun naik pasaran, daripada portfolio yang tidak termasuk emas.

Emas adalah kelas aset yang unik dan telah lama mencapai status sebagai pelaburan selamat apabila berlaku ketidaktentuan kewangan dan geopolitik.

Selain merupakan lindung nilai yang amat baik daripada inflasi dan nilai mata wang sejak 30 tahun lalu, emas juga menstabilkan portfolio pelaburan seseorang, tanpa mengira faktor saiklikal dan keadaan ekonomi.

Pelaburan dalam emas mungkin dalam bentuk jongkong emas, Dana Dagangan Bursa (ETF), kontrak hadapan emas ataupun stok.

Inn menegaskan bahawa pelabur harus melabur dalam emas untuk mengimbangi turun naik kelas aset tradisi dan mendapatkan portfolio pelaburan yang lebih seimbang dan tiada korelasi.

-- BERNAMA

Rujukan BERNAMA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...