Pages

Monday, June 29, 2009

reusable diaper/pampers

Diaper/Pampers Pakai-Basuh (Reusable)





realiti kini...

40% Terima Gaji Tak Sampai 1/2 : CUEPACS

KUALA LUMPUR: Seramai 450,000 orang daripada 1.2 juta kakitangan awam menghadapi masalah hutang dan mereka perlu diberi perhatian khas kerana mudah terjerumus dalam gejala rasuah.

Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, berharap ketua-ketua mereka di jabatan atau kementerian mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah mengenai kumpulan ini, yang rata-ratanya membawa pulang hanya 40 peratus daripada gaji mereka.

"Kebanyakan gaji mereka dipotong untuk pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah," katanya kepada Bernama.

Ahmad Shah berkata, ramai penjawat awam diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk membuat kerja sambilan seperti membawa teksi, menjadi ejen jualan langsung dan berniaga untuk menampung pendapatan tetapi ini tidak mencukupi.

"Kos sara hidup di bandar adalah tinggi dan ini menyebabkan ramai yang terpaksa berhutang," katanya.

Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah, bersetuju bahawa satu daripada faktor yang menyebabkan ramai petugas awam berhutang ialah perbelanjaan yang tinggi di bandar.

"Untuk mengatakan mereka ini tidak tahu menguruskan kewangan mereka adalah satu tanggapan salah. Yang sebenarnya ialah gaji petugas awam tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup," katanya.

Beliau berkata, 30 tahun lalu kos untuk satu sarapan ialah RM1.20 tetapi kini ia melambung lima kali ganda sedangkan pendapatan penjawat awam tidak meningkat selari dengan kenaikan kos itu.

Katanya, jika kerajaan tidak dapat menaikkan gaji penjawat awam, ia boleh membantu dengan cara lain seperti menjadikan pengangkutan awam lebih murah, menyediakan lebih banyak biasiswa untuk anak-anak mereka dan memberikan potongan bagi kemudahan tertentu. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...