Daripada Abu Bakr Ibn Abu Maryam, Beliau mendengar bahawa رسول الله صلى الله عليه وسلم bersabda:
- Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
.....الحمدلله
Niat untuk memiliki 'logam terpilih' ini akhirnya diqabulkan oleh الله سبحانه وتعالى. Hal ini bertitik tolak daripada kesedaran yang tercetus kesan daripada suatu seminar yang telah diadakan di University of Malaya pada Feb 21, 2009 yang bertajuk; Revival of Gold Dinar - Duty of the Ummah.
Seminar itu secara tidak langsung telah memberi perspektif baru bagi saya terhadap kelebihan emas dan perak berbanding fiat money (wang kertas) yang sering kita gunakan sebagai medium transaksi dalam apa jua urusan seharian. Nyatalah kini bahawa, fiat money hanyalah sekeping kertas yang tidak bernilai sekiranya pihak pemerintah tidak meletakkan nilai ke atasnya. Sedangkan, status 'logam terpilih' ini mempunyai harga yang tersendiri tanpa perlu diletakkan nilai padanya. Begitu tinggi martabat emas dan perak ini berbanding dengan fiat money.
Fiat money telah mencetuskan pelbagai bentuk masalah dalam urusan ekonomi hari ini. Antaranya inflation (rompakan). Secara kita sedar atau tidak, hasil penat lelah kita yang disimpan di dalam institusi kewangan (bank) hatta yang ada di dalam poket kita sekarang ini pun sebenarnya dirompak sedikit demi sedikit.
Kita ambil contoh yang mudah, 15 tahun lepas (1994) dengan RM1 = 5 biji telor ayam, tapi kini (2009) adakah dengan nilai yang sama (RM1) kita akan memperolehi 5 biji telor ayam yang sama. DAPAT atau TIDAK? Kalau jawapannya...TIDAK? Habis bagaimana dengan wang tabungan yang kita simpan sejak dulu untuk kita gunakan di hari tua nanti? (cth: Perubatan, Pendidikan, Ibadah Haji, Pelaburan..dsb). Klik di sini untuk bacaan tambahan.
Santapan mata; Struktur & Figura 2 Dinar (Emas Kelantan)
No comments:
Post a Comment