Pages

Monday, December 21, 2009

hati-hati kawan...

Rugi RM96,250 Beli Emas Palsu


KUALA LUMPUR: Mahu keuntungan puluhan ribu sekelip mata, seorang lelaki sanggup mengeluarkan wang simpanannya lebih RM90,000 semata-mata untuk membeli seketul emas ketul seberat satu kilogram sebelum mendapati emas berkenaan palsu.

Difahamkan, lelaki berusia 40-an yang juga peniaga itu ditawarkan emas ketul oleh seorang lelaki dipercayai warga asing dengan harga AS$28,000 (RM96,250) sebelum dia yang terpedaya membeli emas berkenan.

Menurut sumber, lelaki warga asing terbabit dikesan menawarkan emas ketul seberat sekilogram yang didakwa tulen kepada mangsa, pada Khamis lalu.

“Suspek menawarkan emas ketul berkenaan dengan harga jauh lebih murah kepada lelaki terbabit.

“Mangsa yang terpengaruh tawaran itu bersetuju membeli emas ketul seberat satu kilogram dengan harga AS$28,000,” katanya di sini, semalam.

Suspek meminta mangsa bertemunya di sebuah kompleks beli-belah di Bangsar untuk berbincang lanjut mengenai hal berkenaan.

Sumber berkata, selepas perbincangan, mangsa bersetuju sebelum menyerahkan wang kepada suspek.

“Mangsa kemudian ke kedai emas di Ampang, dekat sini, untuk melebur emas berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu ketika melebur emas itu apabila dimaklumkan pekerja kedai emas berkenaan bahawa emas itu emas celup.

“Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis,” katanya.


Harian Metro

Wednesday, December 16, 2009

Jom Business!


BUSINESS…. BUSINESS…. BUSINESS?


apa yg kita tahu ttg business? mungkin ada yg tahu dan sebaliknya…. dan mgkn juga ada yg buat² x tau (ruginyer).... sbnrnya bukan kita x mahu, cuma kita x tahu dari mana nak mula…. sama gak la ngan aku nih.. tp tidak lagi sekarang… sbb aku joint venture a.k.a JV ngan adek aku tok setup business aku pon xla pakar/bijak sgt ttg selok belok business ni.. tp aku mau tau dan ambil tahu…. sbb byk rahasia yg tersimpan dibalik sebuah perniagaan/business yg aku pandang enteng selama hari ni… klu tidak masakan t’dpt Hadis رسول الله صلي الله عليه و سلم berseru ttg perniagaan… apa kita tidak beriman dgn kata² Baginda..?



"sembilan per sepuluh sumber rezeki ada dalam perniagaan"
Hadis Riwayat At-Tirmizi



tp apa yg pasti, ramai kat luar sana nak own business sendiri kan… ye laaa.. smpi bila kita nak keje dgn ‘org’… 10, 20, 40 tahun? maklum aja la klu dah keje ‘di bawah’ org ni… korang pasti ada jwpnnya? ape pun terserah pd individu la yer…



klu sebut business, pasti dah terbayang dlm pikiran kita ttg $$$ a.k.a modal…. mmg kita maklum, x $$$ agak sukar tok kita memulakan sesuatu perniagaan, tp jgn disebabkan xde modal kita teros mengalah… kita ikhtiarkan.. bagaimana? mak ayah + adek beradek = keluarga, kawan²…… entity² ni lah yg boleh membantu kita tok mewujudkan business yg kita impikan…. pastu kita cari la loan tok expand kan lagik perusahaan/perniagaan kita tuh… jgn wat loan ngan ah long tau.. karna byk buruk dr baiknya…



bab modal dah kira settle.. skg ni timbul lak soklan, nak business apa? hurmmm boleh tahan tough gak soklan nih… ada sesapa yg boleh tolong jwbkan…. bukan apa….terkadang tu kita kagum, camne dorang yg berniaga dgn sesuatu yg kita x jangka.. lihat aja la d’sekitar kita x kira la di mana.. uptown, downtown, midtown mesti pernah terlintas kat pikiran kita…. haih yg ni pon ada org jual kaaa? jd itu la namanya business.. jd skg korang nak business apa?



skg kita dah ada perniagaan/business الحمدلله , jadi apa yg korang nampak dr business ni yaa… tentulah keuntungan…sapa mauuw rugi looor… benar keuntungan/profit merupakan indicator pertama yg akan dinantikan bg setiap owner tuk apa jua business x kire kecik@besar.. yg penting untong… bukan x nak citer pasal kerugian/loss (maklumla baru nak start business x kasi mood down) tp klu kita open minded terhadap business…. byk lagi ruang business yg boleh diambil perhatian e.g transportation, services, land & properties, et cetera a.k.a etc… mcm² kita boleh buat bila kita dah ada business ni… otak pon kena kreatif la tok memanipulasikan setiap cabang business tuh…. supaya kita boleh memaksimakan keuntungan yg kita mauuuu… apa pon itu tletak pd kita jugak smd. nak @ tidak..


nanti aku citer serba sdikit pengalaman aku tok Starting a Business: 1st Steps. tungguuuuuu…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...