Pages

Monday, December 21, 2009

hati-hati kawan...

Rugi RM96,250 Beli Emas Palsu


KUALA LUMPUR: Mahu keuntungan puluhan ribu sekelip mata, seorang lelaki sanggup mengeluarkan wang simpanannya lebih RM90,000 semata-mata untuk membeli seketul emas ketul seberat satu kilogram sebelum mendapati emas berkenaan palsu.

Difahamkan, lelaki berusia 40-an yang juga peniaga itu ditawarkan emas ketul oleh seorang lelaki dipercayai warga asing dengan harga AS$28,000 (RM96,250) sebelum dia yang terpedaya membeli emas berkenan.

Menurut sumber, lelaki warga asing terbabit dikesan menawarkan emas ketul seberat sekilogram yang didakwa tulen kepada mangsa, pada Khamis lalu.

“Suspek menawarkan emas ketul berkenaan dengan harga jauh lebih murah kepada lelaki terbabit.

“Mangsa yang terpengaruh tawaran itu bersetuju membeli emas ketul seberat satu kilogram dengan harga AS$28,000,” katanya di sini, semalam.

Suspek meminta mangsa bertemunya di sebuah kompleks beli-belah di Bangsar untuk berbincang lanjut mengenai hal berkenaan.

Sumber berkata, selepas perbincangan, mangsa bersetuju sebelum menyerahkan wang kepada suspek.

“Mangsa kemudian ke kedai emas di Ampang, dekat sini, untuk melebur emas berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu ketika melebur emas itu apabila dimaklumkan pekerja kedai emas berkenaan bahawa emas itu emas celup.

“Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis,” katanya.


Harian Metro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...