Pages

Showing posts with label emas. Show all posts
Showing posts with label emas. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

US$2000/ounce

Harga Emas Mungkin Naik Kepada US$2,000 Dalam Masa Dua Tahun Akan Datang - Habib Jewels  
Harga emas mungkin naik sehingga US$2,000 seaun pada masa dua tahun akan datang dengan asas yang kukuh, kata Pengarah Urusan Habib Jewels Datuk Meer Sadik Habib.
"Harga tentunya meningkat walaupun dalam jangka pendek, mungkin ada sedikit pelarasan," katanya pada taklimat media di sini Selasa.
Bagaimanapun Meer Sadik berkata bagi tempoh yang lebih lama, harga mungkin naik, antara lain disebabkan oleh kelemahan dolar Amerika.
"Jangka panjang adalah baik memandangkan Amerika Syarikat (AS) mencetak wang yang banyak dan ini negatif kepada dolar AS, yang merupakan satu daripada alasan harga emas yang lebih tinggi," katanya.
Pada umumnya, Meer Sadik berkata, memandangkan asasnya kekal, permintaan bagi emas masih lebih tinggi berbanding bekalan, dengan itu memberi tekanan menaik terhadap harga.
"Baru-baru ini, kita juga melihat banyak pelabur meninjau untuk membeli emas dan barang kemas.
"Banyak negara menyimpan emas. Negara besar seperti India dan China menyimpan kira-kira US$2 trilion rizab emas," katanya.
Meer Sadik berkata beliau yakin harga, yang kini berlegar pada US$1,400, mungkin naik kepada US$1,750 pada tahun depan dan kepada US$2,000 dalam masa dua tahun akan datang.

Monday, November 01, 2010

Perang Mata Wang: Dinar Emas

Guna Dinar Emas Akan Henti Perang Mata Wang - Tun Dr Mahathir
KUALA LUMPUR, Nov 1 (Bernama) -- Kerajaan di seluruh dunia seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata penyusutan dolar AS mewujudkan masalah bagi negara-negara memandangkan mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.
"Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu, akan menyumbang kepada krisis," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini Isnin.
Dr Mahathir berkata emas mempunyai nilai intrinsik dan oleh itu merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.
"Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa," kata beliau.
Mengenai perbankan Islam, Dr Mahathir berkata institusi kewangan perlu berhati-hati semasa memperkenalkan produk baharu dan tidak mengadakan apa yang telah ditawarkan oleh bank-bank konvensional.
Beliau berkata institusi kewangan Islam seharusnya mematuhi prinsip perbankan Islam walaupun terdapat peluang untuk mereka mengambil alih tanggungjawab perbankan konvensional.
-- BERNAMA
Apple iPhone 4 Black Smartphone 16GBBlackBerry 9700 Bold Unlocked Smartphone with 3 MP Camera, Bluetooth, 3G, Wi-Fi, and MicroSd Slot --International Version with no Warranty (charcoal) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...