Pages

Monday, December 21, 2009

hati-hati kawan...

Rugi RM96,250 Beli Emas Palsu


KUALA LUMPUR: Mahu keuntungan puluhan ribu sekelip mata, seorang lelaki sanggup mengeluarkan wang simpanannya lebih RM90,000 semata-mata untuk membeli seketul emas ketul seberat satu kilogram sebelum mendapati emas berkenaan palsu.

Difahamkan, lelaki berusia 40-an yang juga peniaga itu ditawarkan emas ketul oleh seorang lelaki dipercayai warga asing dengan harga AS$28,000 (RM96,250) sebelum dia yang terpedaya membeli emas berkenan.

Menurut sumber, lelaki warga asing terbabit dikesan menawarkan emas ketul seberat sekilogram yang didakwa tulen kepada mangsa, pada Khamis lalu.

“Suspek menawarkan emas ketul berkenaan dengan harga jauh lebih murah kepada lelaki terbabit.

“Mangsa yang terpengaruh tawaran itu bersetuju membeli emas ketul seberat satu kilogram dengan harga AS$28,000,” katanya di sini, semalam.

Suspek meminta mangsa bertemunya di sebuah kompleks beli-belah di Bangsar untuk berbincang lanjut mengenai hal berkenaan.

Sumber berkata, selepas perbincangan, mangsa bersetuju sebelum menyerahkan wang kepada suspek.

“Mangsa kemudian ke kedai emas di Ampang, dekat sini, untuk melebur emas berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu ketika melebur emas itu apabila dimaklumkan pekerja kedai emas berkenaan bahawa emas itu emas celup.

“Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis,” katanya.


Harian Metro

Wednesday, December 16, 2009

Jom Business!


BUSINESS…. BUSINESS…. BUSINESS?


apa yg kita tahu ttg business? mungkin ada yg tahu dan sebaliknya…. dan mgkn juga ada yg buat² x tau (ruginyer).... sbnrnya bukan kita x mahu, cuma kita x tahu dari mana nak mula…. sama gak la ngan aku nih.. tp tidak lagi sekarang… sbb aku joint venture a.k.a JV ngan adek aku tok setup business aku pon xla pakar/bijak sgt ttg selok belok business ni.. tp aku mau tau dan ambil tahu…. sbb byk rahasia yg tersimpan dibalik sebuah perniagaan/business yg aku pandang enteng selama hari ni… klu tidak masakan t’dpt Hadis رسول الله صلي الله عليه و سلم berseru ttg perniagaan… apa kita tidak beriman dgn kata² Baginda..?



"sembilan per sepuluh sumber rezeki ada dalam perniagaan"
Hadis Riwayat At-Tirmizi



tp apa yg pasti, ramai kat luar sana nak own business sendiri kan… ye laaa.. smpi bila kita nak keje dgn ‘org’… 10, 20, 40 tahun? maklum aja la klu dah keje ‘di bawah’ org ni… korang pasti ada jwpnnya? ape pun terserah pd individu la yer…



klu sebut business, pasti dah terbayang dlm pikiran kita ttg $$$ a.k.a modal…. mmg kita maklum, x $$$ agak sukar tok kita memulakan sesuatu perniagaan, tp jgn disebabkan xde modal kita teros mengalah… kita ikhtiarkan.. bagaimana? mak ayah + adek beradek = keluarga, kawan²…… entity² ni lah yg boleh membantu kita tok mewujudkan business yg kita impikan…. pastu kita cari la loan tok expand kan lagik perusahaan/perniagaan kita tuh… jgn wat loan ngan ah long tau.. karna byk buruk dr baiknya…



bab modal dah kira settle.. skg ni timbul lak soklan, nak business apa? hurmmm boleh tahan tough gak soklan nih… ada sesapa yg boleh tolong jwbkan…. bukan apa….terkadang tu kita kagum, camne dorang yg berniaga dgn sesuatu yg kita x jangka.. lihat aja la d’sekitar kita x kira la di mana.. uptown, downtown, midtown mesti pernah terlintas kat pikiran kita…. haih yg ni pon ada org jual kaaa? jd itu la namanya business.. jd skg korang nak business apa?



skg kita dah ada perniagaan/business الحمدلله , jadi apa yg korang nampak dr business ni yaa… tentulah keuntungan…sapa mauuw rugi looor… benar keuntungan/profit merupakan indicator pertama yg akan dinantikan bg setiap owner tuk apa jua business x kire kecik@besar.. yg penting untong… bukan x nak citer pasal kerugian/loss (maklumla baru nak start business x kasi mood down) tp klu kita open minded terhadap business…. byk lagi ruang business yg boleh diambil perhatian e.g transportation, services, land & properties, et cetera a.k.a etc… mcm² kita boleh buat bila kita dah ada business ni… otak pon kena kreatif la tok memanipulasikan setiap cabang business tuh…. supaya kita boleh memaksimakan keuntungan yg kita mauuuu… apa pon itu tletak pd kita jugak smd. nak @ tidak..


nanti aku citer serba sdikit pengalaman aku tok Starting a Business: 1st Steps. tungguuuuuu…


Saturday, November 14, 2009

3 bulan...


Feb 2010….

fewh…. lelah balik dr Ipoh x abish lagi, aku siap² tok gi ke anjung felda…. apa lg nak buat klu dah ke sanaa, selain dr urusan tok join ahli koop felda laaaaaaaaaa… hehehhe…. tp bukan tok aku.. sbb x layak… jadi aku gunakanla nama mak&abah (mohon dipanjangkan usia & dianugerahkan kesihatan yg berpanjangan buat mereka) aku… sbb dorang anak peneroka……

tanpa buang masa pas lunch tros terjah kpf kat jln.maktab tuh… sampai je kat sana, tros cari manaaa la anjung ni …. finally jumpe gak la, trima kasih la kat sorang brader nih yg kasi tau kat mana kpf nih… kekekek… 1st time masok area sana.. so bek tanya org klu kita dah tak tau….ye kannnnn


smpi kat sana tgk adala beberapa customer yg sedang berurusan.. jd dok la kejap smentara tunggu turn… sesambil tu tgk gak la kan kat mana nak amek angka giliran ni… maklomla biasanya camtu.. tp kat sini xde… so aku pon tanya la kat sorang uncle nih (Indian).. dia kata.. just proceed to the counter… owh ok.. aku pon apa lagi.. tgk kaunter lengang tros terkam…

pegawai kat situ pon check la dokumen yg aku dah siapkan tuh, tp katanya mana salinan i/c ayah encik?.. sudaaaah… aku rasa seme dah aku letak dlm envelope tuh, aduh…. mana pulak la ilang i/c nih… check check tgk ada je teselit kat pamphlet kpf tuh…. aiseh.. bleh pulak jadi cemas time² camtuh… fewh.. legaaaa… dokumen lengkap.. cume kena gi maybank kat wisma felda tok wat bayaran entrance fee $5 x 2 = $10……… so pada sesapa yg nak submit tu… jelaskan dulu entrance fee yer… nanti senang….

pas siap tuh.. tros dtg smule ke anjung tok submit seme dokumen yg telah dilengkapkan…. so aku pon tanya la, bila kita boleh tau yg permohonan ni diterima… kata pegawai kpf tu… paling cepat pon 3 bulan….. jadi bila dah cukup haul nanti… aku akan follow up status permohonan mak&abah aku nih…… mohon semuanya berjalan lancar…. amin……

Wednesday, September 16, 2009

Lebaran

سلام عيدالفطري ١٤٣٠ ه










Friday, August 21, 2009

ڤروتوسن رمضان

اهلا وسهلا مرحبان، يا رمضان

برسمڤنا دڠن کحاضيرن رمضان کالي اين، ساي ايڠين مڠوچڤکن سلامت برڤواسا کڤد سموا ڤڠونجوڠ بلوݢ اين خاصڽ دان بوات تمن-تمن يڠ مڠنالي ساي سچارا لڠسوڠ اتاو تيدق، دان دالم ماس يڠ سام ساي ايڠين مموهون امڤون دان معاف اتس سݢالا کلمهن دان کسالهن يڠ تله ساي ڤربوات سلاما اين.

سموݢ رمضان کالي اين ممباوا 1001 کبهاݢين، کريهاتن، کسلامتن دان کسجهترأن کڤد سموا مسلمين دان مسلمات سرتا کيت سموا.

سلام رمضان،
نظام

رمضان بولن مڽاتوکن هاتي-هاتي يڠ ترڤيسه

Bersempena dengan kehadiran Ramadan kali ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung blog ini khasnya dan buat teman² yang mengenali saya secara langsung atau tidak, dan dalam masa yang sama saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala kelemahan dan kesalahan yang telah saya perbuat selama ini.

Semoga Ramadan kali ini membawa 1001 kebahagian, kerehatan, keselamatan dan kesejahteraan kepada semua muslimin dan muslimat serta kita semua.

Salam Ramadan,

Nizam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...